Tuesday, 24 September 2013

GEMPAR!!! LAGI KES BAYI MENINGGAL DUNIA DI PUTRAJAYA


Ya Allah… istighfar panjang dibuatnya…
Xtau nak kate ape dah… SEBAK!!! TERGAMAM!!!
Takziah buat keluarga mangsa
ya Allah kau selamatkanlah anakandaku ILHAN SHAH FIRRASH
Semoga firrash berada di bawah lindunganmu ya Allah…


BAYI LELAKI LIMA BULAN DITEMUI MATI DI TASKA
PUTRAJAYA 24 Sept. - Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.
Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.
Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata, beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment