Monday, 31 December 2012

Pinjamanan Perumahan-Part 1

Berbalik pada misi mencari rumah mampu milik ikut poket kami, kami telah memilih untuk memiliki rumah semi-d setingkat je u oll, di salak tinggi sepang, kat sane memang market value tengah naik, sebab dekat dengan KLIA & LCCT, tambahan pulak KLIA 2 nak bukak,so pelaburan hartanah tengah naik kat sana. Dekat sini I nak share sikit experience i mase beli rumah, as a 1st time buyer, I banyakkan bertanya pada kawan-kawan & pembacaan semestinya menerusi bantuan pakcik google.


So… after bayar booking RM 3000.00 dekat pemaju, I dan hubby pilih tapak rumah. Mase tu cume tinggal 2 lot je, taman kami kecik je, cume ade 26 rumah semi-d je, kecikkan? The rest rumah teres, sebabnya , kawasan area salak tinggi, kawasan rezab tanah melayu, so rumah kami ni pon under pajakan 99 tahun. Tu je yang dapat u oll.

Kat sini ade yang freehold, tapi harga jangan cakap  la 900 ribu, dekat 1 juta… xmampu ok..

Next steps, kami tunggu pemaju siapkan S & P untuk tandatangan. Selepas S & P siap, kami pon datang untuk tandatangan… minta pemaju dokumen seperti hak milik strata untuk kunci masuk dalam sistem pinjaman perumahan secara on9.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni semua kene buat on9 k.  Borang manual da xditerima pakai. So I kunci masuk data-data dalam sistem seperti kat bawah.
Lepas da kunci masuk & da bayar secara on9 wang proses, i jumpe semula pemaju, untuk cross – check dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke BPP secara by hand.

Nak tahu apa yang terjadi di BPP? Tunggu…


Tuesday, 27 November 2012

Newborn Baby Photography


Comel-comel kan gambar baby ni? Mana ade baby yang lahir kat dunia ni xcomel? Betul x? Bagi I semuanya comel-comel, muka suci, wangian syurga, tulus mulus tanpa dosa. Sekarang ni I minat sangat tengok baby comel, geram tau…(naluri keibuan da sampai… :P
Jom cuci mata tengok gambar si comel :) sila jangan gigit hujung bantal sebab geram k.










Monday, 26 November 2012

Mencari Tempat Berteduh


Cantiknye rumah sipolan binti sipolan tu.. kalaulah I mampu memilikinya, namun,apakan daya… harga rumah zaman sekarang ni tersangatlah ‘murah’ kan? So I hanya mampu menanam tebu di pinggir bibir berangan. kalau lah I ni kaye… anytime I beli rumah banglo. Bukan setakat banglo biasa, siap ade swimming pool, senang family nak beriadah.. aceceh.. gedik sungguh I ni.. macam la pandai swim.. tapi…harga rumah zaman sekarang ni memang hazab kan? Boleh mati/pengsan tengok…

Siapala yang xnak miliki rumah idaman, tapi bak kata orang, kalau nak rumah yang selesa & besar, duit nye pon kene besar, ala I sebenarnye xnak pon la rumah besar, sebab rumah besar ni bahaya, nanti mesti jadi sasaran pencuri :P (ayat pasrah), I hanya nak rumah tempat berteduh, teratak buat suami,isteri & anak-anak main khemah2, buat bbq tepi rumah, tanam pokok lada. Haha siapla nanti I tanam segala macam pokok, jimat belanje nak masak

Misi mencari rumah bermula sejak dari bulan 6 lepas, tetiba pintu hidayah terbuka, ALLAH macam gerakkan hati kami beli rumah sekarang.. so bermulalah pencarian yang mendebarkan. Macam nak cari calon menantu je gamaknye. Setelah sekian lame memikirkannya, so en suami dan I decide untuk survey rumah area seperti di bawah:

1. dengkil - dekat dengan office
2. banting – dekat la jugak dengan office,tapi xnak jauh sangat sampai pekan banting
3. salak tinggi - dekat dengan office , senang nak balik kg + market value rumah tengah naik dekat sana
4. nilai- boleh la.. kalau da xde sangat rumah kat 3 area di atas.

So, lepas I n hubby survey n kumpul maklumat terkini,
ni la hasil yang kami dapat:-

*************************

rumah semi d area salak tinggi
aman bestari taman intan baiduri
harga starting RM 295 000 - RM 3XXXXX




****************************
taman indah putera, salak tinggi 80% lagi siap

Mac 2013 dijangka siap



semi d last unit RM 316 800








***************************************

D' Mawar Residence
salak tinggi
RM 360 000




****************************************

Taman Bunga Raya
Salak tinggi
RM178 000
14*55
4 bilik 2 bilik air






****************************************

Seri Pajam
Aria Park 22*70

RM 275 000




************************************

Rumpun Ehsan

akan dilancarkan akhir tahun 2012
harga belum finalize, anggaran sekitar
RM3xx xxx tidak lebih RM330 000




 ***************************************
taman seroja salak tinggi
fasa akhir
RM344 000



**************************************


 so setelah kami fikr-fikir, tengok poket masing2…kami decide nak ambil rumah...


 -to be continued-

Deko Bersama Ana


korang pernah x berangan bercita-cita untuk...memiliki rumah berdekorasi modern n kelas!!! kalau boleh macam sekarang jugak nak sambung blaja N nak amik jurusan ID. Begitu, bersemangat kan ? I memang minat bab2 huru-harakan deko rumah
walaupun xsecantik mana… namun, saje eksyen pada en suami tat I can do it…
masa 1st time hidup bersama en husband suami (lebih patriotik & Malaysian), I agak buntu xtau nak hias rumah gaye ape, gaye kontemporari kah? Bali kah? english style home deco kah? Ala-ala resort kah? (hazab)… jadi semalaman otak ini berfikir tanpa henti, hinggakan muncul jerawat-jerawat kecil di dahiku… (banyak berfikir la katakan)
so setelah ditimbang2… dicatu… dan disukat… maka, I memilih untuk menghias rumah gaya somborono English style. Ye.. gaya somborono English adelah gaye terkini by deko by ANA. Memandangkan puan ANA tidak memiliki certificate yang sewajarnya dalam mendeko rumah, maka, rumahnya dideko dengan konsep ‘ asal boleh’
barang-barang biasa je u oll. apa yang mampu, ye la kami baru 1st year hidup bersama. lagipun duduk kuarters, so agak susah nak deko2 rumah ni
kalau nak tau dekat kuarters xboleh tebuk lubang sesuka hati tau. Tapi kadang2 I tebuk je.. shhh.. jangan repot k. abis tu, xkan I nak ‘soletep’ je kot jam dinding kat rumah.. xgitu? Kang ade orang yang masuk rumah I, da masuk keluar semula sebab xconfident tengok tuan rumah,’ betul ke x tuan rumah ni’ haha..

'tunggulah kalau ada rumah sendiri nanti' siap la I tebuk puas2 dinding rumah… haha..

Okla…
jom jengah my english style deco yang xberapa nak english style. Jangan gelakkan I k.. dose tau…  I tengah berangan nak tukar sofa tu, tapi tunggu la next year kot.
kat tengah2 tu nak beli console table.sofa nak ganti warna putih
berangan je la keje i… (sambil belek2 jerawat kat muke :P)