Monday 8 April 2013

DIY TUNGKU BAYI


 Takkala kebosanan melanda diri, i telah men'diy' tungku baby.. so dekat sini i kongsikan alatan & cara-cara men'diy' tungku baby.. happy men'diy' korang!!!

1. Alatan & bahan-bahan yang diperlukan :

-          2 helai kain cotton (1 size besar & 1 size kecil)
-          Tali
-          Lada Hitam ( Boleh juga gunakan 7 jenis rempah iaitu : )
-          Tisu/ kapas
-          Getah Grid

2. Potong kain cotton 4 segi sama (1 size besar & 1 size kecil)
3. Susun kain cotton size besar di bahagian paling bawah, kemudian kain cotton size kecil di atasnya & terakhir letakkan tisu/ kapas.

4. Letak lada hitam di tengah-tengah tisu/kapas. Bunjutkan menjadi bunjut yang kemas dan cantik. Lipat bahagian atas lebihan kain &  ikat bunjut dengan menggunakan getah grid.

5. Gunakan tali untuk membuat tangkai & pemegang tungku mini. Setelah siap tangkai , lilit lebihan tadi untuk membuat tangkai menutupi bahagian atas kain (untuk dijadikan pemegang)

6. Akhir sekali gam hujung tali.

tara...............................
simple2 je :)




No comments:

Post a Comment