Monday 13 January 2014

TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN W27 { 20 Januari 2014 - 12 Februari 2014}



Hari ni 13.01.2014 masa tengah leka buat keje, terdetik nak cek emel office. 
Tub2… kuar email macam ni…




ANA
No. KP : 888888888888
Pengerusi Lembaga Temu Duga : 02 - PEGAWAI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Tuan/Puan,

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:
TARIKH/MASA
KOD
JAWATAN
TEMPAT TEMU DUGA
04/02/2014
08:20 pagi
2210
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA,NEGERI JOHOR
ARAS 8, MENARA TABUNG
HAJI, JALAN AYER MOLEK
80720 JOHOR BAHRU.


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
a.
Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.
Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.
Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.
Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.
Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.
Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.
Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.
Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.
Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.
Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7.   Keputusan temu duga boleh diketahui mulai pada 12/03/2014 dengan melayari Laman Web SPA atau menghubungi TeleSPA No. 600-83-7979 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim.

8.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

9.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih.

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

ROSE EDAYU BT MUHAMMAD
Urus Setia Bahagian Pengambilan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603  8885  6381
Faks : 603 8888 5036

Eh? Inteview penolong akauntan ke? Bace sekali lalu,oh kene kat AG johor rupenye,
hari tu da ubah pusat temuduga putrajaya. 
Tapi mayb mase tu dierang da update name2 calon kot. 
So wajib redha ye ana… kene la pegi AG Johor. First time nak pegi AG Johor walaupun banyak kali cakap kat telefon. Huhu

Xmeletakkan harapan tinggi… sebab JANM hanya nak 4 orang ye

Xcaye sila lihat di bawah ini . sumber sohih dari website SPA ye…



So kite buat je la yang mane mampu, usaha, doa & tawakal.. erk? Nak baca ape ek?
Harus la gali bali buku-buku kewangan,pekeliling ape ke benda nye ntah lagi…

selamat berjaya untuk semua yang juga akan menghadiri inteview yang same ye :) 


tips temuduga ?
KLIK SINI

1 comment: