Saturday, 2 February 2013

Pinjaman Perumahan Part 2

Ok, hari ni I ade kelapangan nak update blog… Almaklumlah cuti tiga hari… :)

So hari ni I rase nak cerita tentang sambungan pinjaman perumahan yang lepas.
Hope boleh dijadikan panduan kepada mereka di luar sana yang masih blur dengan prosedur pinjaman perumahan… Dipendekkan cerita, sila la scroll ke bawah untuk mengetahui step by step proses pinjaman.

1. Permohonan secara on9 yang telah berjaya diisi, mestilah dicetak bersama-sama slip bukti pembayaran wang proses. Compile kan bersama-sama dengan surat-surat iringan yang berkaitan. Untuk download senarai semak surat-surat tersebut klik sini.

2. Pergi sendiri / pos permohonan ke bahagian pinjaman perumahan. So I pilih pergi sendiri submit borang permohonan sebab dekat je kan BPP dengan opiz.

3.  Kaunter BPP macam kaunter JPN/KWSP gitu la, mintak no dari pegawai yang jage kaunter, tunggu no naik, & submit borang tersebut. Pegawai BPP akan cek permohonan kita dekat situ jugak. 

4. Bila borang da siap submit, pegawai tu kate insyaAllah xada masalah dengan permohonan kami. So tunggu dalam 2-3 hari untuk tau loan lulus ke x. tapi… nak dekat seminggu kami xdapat feedback tentang loan kami. En somi pon kol BPP, rupenye loan kami da lulus, tapi pegawai yang uruskan cuti seminggu.. ERK… Apakah?

5. So next step kene ambil surat setuju terima dari BPP, I & en.somi pon pegi BPP, collect surat , ade 3 salinan, 1 untuk kami (*mesti dikembalikan ke BPP selepas mendapat cop & tandatangan ketua jabatan) 1 lagi untuk pemaju & lawyer & yang terakhir untuk ketua jabatan (*rekod buku servis)

6. Bila ketua jabatan I da sign surat tu, so en somi pon pegi la hantar surat tu ke BPP. Done!!! Alhamdulillah.. selesai urusan loan, lega rasa hati… 

7. Now… kene kumpul duit untuk rumah baru Dec 2014 Siap, ade setahun lebih lagi nak pindah… Pray 4 us :)

 *our house.. biase-biase je :) ni je yang mampu...
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment