Sunday 26 January 2014

TIPS TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN W27 2014


TIPS TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN 2014

Maaf lambat share tips temuduga penolong akauntan.. 
 ana dapat temuduga pen. akauntan.. dalam entry sebelum ni, ana ade cerite kan?

agak bz dekat opiz.. so baru berkesempatan share tips untuk semua.
Jom tengok tips untuk menghadiri temuduga penolong akauntan 2014 :

PAKAIAN :

Lelaki
Klik untuk melihat contoh gambar : http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga







1.      Pakaian kemas & bertali leher
2.      Elakkan warna yang tidak bersesuai seperti warna oren terang , pink pekat dan lain-lain
3.      Elakkan memakai kemeja berjalur-jalur/ berkotak-kotak
4.      Pakai tanda nama (penjawat awam)

Wanita
Klik untuk melihat contoh gambar : http://www.spa.gov.my/Portal/Etika_Pakaian_Temu_Duga






1.      Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat
2.      Elakkan memakai baju yang sarat dengan manik/labuci
3.      Elakkan memakai pakaian melebihi 3 tona warna
4.      Pakai Kasut bertutup & bertumit
5.      Pakai tanda nama (penjawat awam)

PERTUTUTAN/PERIBADI :
1.      Berkeyakinan. Pamerkan kelebihan anda, tapi jangan ‘over’ ye
2.      Jelas, ringkas & mudah difahami. Jangan mem’bebel’
3.      Serlahkan ketrampilan yang baik & riak wajah yang ceria.

APA YANG PERLU DIBACA?
1.      Layari laman web rasmi jabatan akauntan negara Malaysia & bacalah segala maklumat berkaitan organisasi, visi, misi, objek & sebagainya( WAJIB BACA)
2.      Sistem perakaunan yang digunapakai oleh kerajaan /Perakaunan Akruan 
(WAJIB BACA)
3.      Transformasi kerajaan, GTP,NKRA, ETP, & lain-lain
4.      Tugas-tugas penolong Akauntan W27
5.      Isu-isu semasa, Bajet 2014 & lain-lain

Akhir sekali, doa & tawakal... mudah-mudahan dipermudahkan urusan

Gud Luck!!!  

nak tau soalan-soalan temuduga ana? KLIK SINI!!!

Monday 13 January 2014

TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN W27 { 20 Januari 2014 - 12 Februari 2014}



Hari ni 13.01.2014 masa tengah leka buat keje, terdetik nak cek emel office. 
Tub2… kuar email macam ni…




ANA
No. KP : 888888888888
Pengerusi Lembaga Temu Duga : 02 - PEGAWAI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Tuan/Puan,

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:
TARIKH/MASA
KOD
JAWATAN
TEMPAT TEMU DUGA
04/02/2014
08:20 pagi
2210
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA,NEGERI JOHOR
ARAS 8, MENARA TABUNG
HAJI, JALAN AYER MOLEK
80720 JOHOR BAHRU.


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
a.
Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.
Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.
Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.
Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.
Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.
Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.
Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.
Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.
Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.
Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7.   Keputusan temu duga boleh diketahui mulai pada 12/03/2014 dengan melayari Laman Web SPA atau menghubungi TeleSPA No. 600-83-7979 atau SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no.kad pengenalan<ruang>kod skim.

8.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

9.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih.

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

ROSE EDAYU BT MUHAMMAD
Urus Setia Bahagian Pengambilan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603  8885  6381
Faks : 603 8888 5036

Eh? Inteview penolong akauntan ke? Bace sekali lalu,oh kene kat AG johor rupenye,
hari tu da ubah pusat temuduga putrajaya. 
Tapi mayb mase tu dierang da update name2 calon kot. 
So wajib redha ye ana… kene la pegi AG Johor. First time nak pegi AG Johor walaupun banyak kali cakap kat telefon. Huhu

Xmeletakkan harapan tinggi… sebab JANM hanya nak 4 orang ye

Xcaye sila lihat di bawah ini . sumber sohih dari website SPA ye…



So kite buat je la yang mane mampu, usaha, doa & tawakal.. erk? Nak baca ape ek?
Harus la gali bali buku-buku kewangan,pekeliling ape ke benda nye ntah lagi…

selamat berjaya untuk semua yang juga akan menghadiri inteview yang same ye :) 


tips temuduga ?
KLIK SINI

Thursday 9 January 2014

HOUSE PROGRESS : TAMAN INTAN BAIDURI SEPANG

 
laluan ke dapur 
 
'dapur yang cumil :('








ruang tamu




tanah belakang dapur



bahagian hadapan rumah

 
spesifikasi sebenar rumah

*******


Alhamdulillah… syukur

Akhir tahun 2013… berkesempatan melawat tapak rumah
Ade la progress dalam 40% kot… encik suami masuk setiap pelusuk sudut rumah untuk capture gambar. Gigih betul beliau. Dalam banyak-banyak part daku kecewa tang dapur. Sila scroll ke atas. Kecik kan? Sedih jugak la kami suami isteri. Bajet macam beli banglo kot nak dapo beso.hihi sebab keciwa entry kali ni pendek je la ek.. :p

So..sekarang nix tau nak design dapur camne. Any idea kawan-kawan?