Monday 31 December 2012

Pinjamanan Perumahan-Part 1

Berbalik pada misi mencari rumah mampu milik ikut poket kami, kami telah memilih untuk memiliki rumah semi-d setingkat je u oll, di salak tinggi sepang, kat sane memang market value tengah naik, sebab dekat dengan KLIA & LCCT, tambahan pulak KLIA 2 nak bukak,so pelaburan hartanah tengah naik kat sana. Dekat sini I nak share sikit experience i mase beli rumah, as a 1st time buyer, I banyakkan bertanya pada kawan-kawan & pembacaan semestinya menerusi bantuan pakcik google.


So… after bayar booking RM 3000.00 dekat pemaju, I dan hubby pilih tapak rumah. Mase tu cume tinggal 2 lot je, taman kami kecik je, cume ade 26 rumah semi-d je, kecikkan? The rest rumah teres, sebabnya , kawasan area salak tinggi, kawasan rezab tanah melayu, so rumah kami ni pon under pajakan 99 tahun. Tu je yang dapat u oll.

Kat sini ade yang freehold, tapi harga jangan cakap  la 900 ribu, dekat 1 juta… xmampu ok..

Next steps, kami tunggu pemaju siapkan S & P untuk tandatangan. Selepas S & P siap, kami pon datang untuk tandatangan… minta pemaju dokumen seperti hak milik strata untuk kunci masuk dalam sistem pinjaman perumahan secara on9.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni semua kene buat on9 k.  Borang manual da xditerima pakai. So I kunci masuk data-data dalam sistem seperti kat bawah.
Lepas da kunci masuk & da bayar secara on9 wang proses, i jumpe semula pemaju, untuk cross – check dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke BPP secara by hand.

Nak tahu apa yang terjadi di BPP? Tunggu…